Monday, August 29, 2011

PERISTIWA 1HARI SEBELUM RAYA

ASSALAMUALAIKUM,..

HARI NI BETOL2 AKU RASA SEDIH SEBAB TERIMBAS KENANGAN TAHUN LEPAS..
PADA TAHUN LEPAS SEHARI SEBELUM RAYA AKU RASA HAPPY SGT...MSG DIA PASTU BERBUAL DGN DIA..TP KINI X LAGI....KNAPE AKU BOLEH TERINGAT BALIK BENDA TU...
SEDANGKAN DIA DAH MELUPAKAN SAAT SAAT INDAH KITAORANG SEWAKTU DULU...
KINI TIBA LA MASA UTK AKU MELANGKAH SETAPAK KE HADAPAN DAN TINGGALKAN SEMUA YG DI BELAKANG....



Yang sedang bertamu di hatiku ketika kamu melangkah pergi adalah sebuah harapan. Bertaut pada sebuku kesedihan. Bertali kerinduan yang bersimpul pada hujungnya impian. Aku akan menunggu detik pertemuan. Sekalipun ianya belum pasti...
 
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.... 

Saturday, August 27, 2011

PANTUN RAYA...

Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.


Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.


Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.


Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.


Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.


Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.


Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!


Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang


Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.


Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.


Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.


Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.


Pantun 21:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.


Pantun 22:
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.


Pantun 23:
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.


Pantun 24:
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.


Pantun 25:
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.


Pantun 26:
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.


Pantun 27:
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.


Pantun 28:
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.


Pantun 29:
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.


Pantun 30:
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Pantun 31:
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Pantun 32:
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.


Pantun 33:
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.


Pantun 34:
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.


Pantun 35:
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Pantun 36:
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.


Pantun 37:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.




P/S:SLAMAT HARI RAYA KPD KWN2 KU SEMUA...TERMASUKLA ORG TU JUGA.... :)....

Friday, August 26, 2011

SMALAM CUTI YG BEST YG PENAH AKU RASA...

SALAM...

SMALAM CUTI YG PALING BEST LA YG PENAH AKU RASA...COZ DPT BERBUKA DGN GROUP2 AKU....THX NADIA,REDZA,BAKHTIAR,QAT,APIT,AIDA COZ BUKAK PUASA SKALI...HEHEHE HARAP RAMADHAN TAHUN DEPAN KITA DAPAT BERBUKA SAMA2 LAGI...:D

PAS BUKE TU..MASING2 PLAN MCM2 LA.NK GI REDBOX LA DESA MENTARI LA...LAST2 KE WAYANG GAK..HAHAHAHA XLEH BLAH...YG PALING MENGEMBIRAKAN HATI AKU DAH XRASA SAKIT+TERLUKA LAGI....TP MASIH BERHARAP(MCM MANE TU? O.O).....THX TO ALL MY FREN ABOUT YESTERDAY....IM SO HAPPY N THX FOR HAPPYING ME ^_^

Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

 
 
 
 
Aku mengucapkan selamat hari raya n aku susun 10 jari tangan 10 jari kaki 1 hati 1 perasaan 1 jiwa dan memohon kemaafan atas salah silap aku yg dah lalui n maafkan lah aku n selamat hari raya 1 malaysia!! 





p/s:KECUALI PADA SI PENIPU N PENDUSTA JE AKU XMINTAK MAAF...MAMPUS KO AKU TAK PEDULI

Monday, August 22, 2011

TERINGAT KISAH LALU

ASSALAMUALAIKUM...
GOOD MORNING..
TADI AKU DOK USHA2 FACEBOOK..TETIBE NMPK SORANG FRENS TULIS 1 AYAT KT WALL DIA..BILA AKU BACA BALIK AYAT TU..AKU TERINGAT KENANGAN AKU DULU..AKU JUGA PERNAH DAPAT AYAT TU DI SUATU KETIKA DULU...
AYAT DIA BERBUNYI BEGINI
''cmne u nk eja C_NTA lau tnpa I?cmne u nk eja R_NDU lau tanpa I?cmne u nk eja H_DUP tanpa I?b'coz of that lah dlm hati u kna selalu ada I supaya I xilang n jgn lupakan I.....so,u kenalah sayang I selalu..''
 
AKU TERINGAT SEWAKTU SI DIA BAGI AYAT NI PADA AKU.....TP NK BUAT MCM MANA..BARU KINI KU SEDARI SEMUA TU HANYALAH DUSTA BELAKA...SAMPAI SEKARANG APA YG ''DIA'' CKP SEMUANYA AKU ANGGAP DUSTA N PENIPU...

 

Sunday, August 21, 2011

4 Tanda kekasih anda hendak tinggalkan anda..

SKALI LAGI AKU BLOGWALKING TERJUMPA LAGI ARKITEL YG MENARIK SEPERTI INI...DGN XSENGAJA TERUS AKU TERINGAT APA YG DAH BERLAKU PADA KU BEBERAPA MINGGU LEPAS.....DAN BILA AKU BACA SAMPAI HABIS..BARU AKU PERASAN TANDA2 INI WUJUD PADA DIRINYA..KENAPA LA ARKITEL NI LMBT DITULIS..LAU X AKU DAH ADJUST KASI NGAM LO......



Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?
Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?


Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.


Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? 
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.


Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? 
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

jika korang semua perasan tanda-tanda awal nie, korang masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan bermula hari ini, tapi jika awek atau boyfriend korang tuh tinggalkan korang gak so terimalah ia as takdir korang


Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Baggio Damasutra

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Kepada Anda..

ASSALAMUALAIKUM DAN SLAMAT PAGI..TD AKU BLOGWALKING TIBE2 AKU TERJUMPE ARKITEL YG MENARIK DAN KENE DGN DIRI AKU SUATU KETIDA DULU...


1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan.

HAA..TP NI MASE TGH HANGAT BERCHENTA JE..TP BILE DAH BREAK...MAKA KELUAR LAH LAGUDAMATSUTRA-UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI


MASIH TERASA SAKIT LAGI HATIKU~

9HARI SUDAH BERLALU....TAPI PEDIH,SAKIT,PILU..MASIH DAPAT AKU RASAKAN AKIBAT KEJADIAN TEMPOH HARI..AKU CUBA MELUPAKAN KESAKITAN ITU...TAPI MALANGNYA..KESAKITAN ITU TETAP MENGHANTUI HIDUP AKU INI..AKU KELUAR HANG OUT DGN KAWAN2 UNTUK AKU MELUPAKAN KESAKITAN TERSEBUT...TAPI TAK BERJAYA JUGA....HARI DEMI HARI AKU TERASA, AKU MASIH TAK BOLEH MENERIMA APA YG TERJADI PADAKU INI...MUNGKIN REALITI INI TAK SEINDAH MIMPI..TAPI KITA MENJADIKAN MIMPI ITU SEBAGAI REALITI...KADANG2 AKU DUDUK BERSENDIRIAN UTK MELUPAKAN SEGALA YANG TELAH BERLAKU,KALAU LA OTAK AKU NI IBARAT HARDDISK PC MUNGKIN KESAKITAN INI AKAN HILANG KERANA BILA KITA REMOVE/DELETE APPLICATION DIA AKAN PADAM BUAT SELAMANAYA..SAMPAI KITA INSTALL APPLICATION YG BARU....

Sunday, August 14, 2011

Mmg damn bulan 8 ni...

pada tanggal 12-8-2011 aku baru break dgn org yg aku teramat syg.......walaupun dia dah benci aku..tp aku still menaruh harapan lagi..tp belum sempat aku balut luka ku yg berdarah ini....luka aku berdarah balik bile aku dgr si dia dah ada org lain...aku rasa diriku ini mcm org gila..xda hala tuju.just pk nk mati je...dan aku rasa marah sgt...kerana dia xberterus terang dgn aku..hina sgt kah aku ini sampai benda yg serious ni nk di rahsia kn...buat si dia klu dia baca post ini..walaupun aku marah ko..aku benci ko..tp hati aku tetap syg ko(bodohkn aku ni)